JENAZAH BONDA DYMM SULTAN JOHOR SELAMAT TIBA


Suasana hiba menyelubungi perkarangan Hangar DiRaja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ketika keranda bonda DYMM Sultan Johor diusung turun dari pesawat peribadi milik Baginda.

Terdahulu pesawat yang membawa jenazah bonda Tuanku Sultan Johor tiba dari London pada jam 11 malam dengan diiringi oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Mengiringi sama ialah KYDTM Tengku Puan Pahang dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda berkenan hadir menyambut ketibaan jenazah Almarhumah YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah bersama Keluarga serta Kerabat DiRaja Johor.

Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom kemudian diusung ke ambulans peribadi Tuanku Sultan Ibrahim sebelum dibawa ke Istana Besar.

Almarhumah Hajah Khalsom, 84, mangkat pada jam 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London pada 1 Jun lalu.

Almarhumah akan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah sebelum solat zohor hari ini (6 Jun).

#sultanjohor
#royalpressoffice

JENAZAH BONDA DYMM SULTAN JOHOR SELAMAT TIBA

Video credits to Popular on YouTube – Singapore YouTube channel





  • Your reaction?
    Angry Angry
    0
    Angry
    Lol Lol
    0
    Lol
    Love It! Love It!
    0
    Love It!
    Nice Nice
    0
    Nice
    Now I Know Now I Know
    0
    Now I Know
    Sad Sad
    0
    Sad
    Surprised Surprised
    0
    Surprised
    Wow! Wow!
    0
    Wow!
    WTF WTF
    0
    WTF

    JENAZAH BONDA DYMM SULTAN JOHOR SELAMAT TIBA

    Comments 23

    1. Salam takziah daripada saya Faris .saya mengharab seluruh keluarga bersabar ini sudah ketentuan Allah SWT semoga Allah yarham hajah kalsom di cucu Hi rahmat Al-fatiha sayup sahaja melihat video kematian amat penuh berhormat

    2. Sembah Takziah buat Tuanku Sultan dan Semua Kerabat Diraja Johor.. Al Fatihah.. Semoga Almarhumah sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT

    Comments are closed.

    log in

    reset password

    Back to
    log in